Aku Tidak Secantik Bidadari...

Banyak Lebah mendatangi bunga yang kurang harum
Kerana banyaknya madu yang dimiliki bunga

Tidak sedikit lebah yang meninggalkan bunga
yang harum kerana sedikit madunya

Ramai Lelaki tampan yang tertarik dan terpesona dengan wanita
yang kurang cantik kerana memiliki hati yang cantik

Tidak sedikit pula perempuan cantik ditinggalkan
oleh Lelaki kerana busuk hatinya

Kecantikkan sejati bukan pada wajah yang cantik
Tetapi cantik dalam hati

Oleh itu, cantikkan hatimu supaya dicintai dan disayangi oleh semua orang

Abdullah bin Kharasy pernah berkata, "saya melihat Abu Dzar di Rahzah bersama isterinya yang berkulit hitam legam. ketika itu, Abu Dzar memakai payung hitam. Ada orang berkata padanya, "Wahai Abu Dzar, mengapa kamu tidak mengambil isteri yang lebih mulia daripadanya?" Abu Dzar menjawab, "Demi Allah, aku lebih suka mengambil isteri yang merendahkan diri kepada aku daripada mengambil perempuan yang meninggikan diri kepada aku."

Hadis direkodkan oleh Ibnu Abi Syaibah

No comments: