Sedih II.....T_T




Bf : Kita main satu game nak tak ?

Gf : Game apa ?

Bf : Macam ni , esok awak tak payah contact saya.. Maksudnya tak payah text, call or apa- apa yang berkaitan lah.. Saya pun buat mcam tu dekat awak okay ? Kita tengok siapa yang menang..

Gf : Okay !



Esoknya, si Gf terpaksa lah menahan rindu dekat Bf.. Mengenangkan yang ni satu permintaan , si Gf cuba kuatkan hati..

Keesokan harinya, si Gf call si Bf.. Tapi tak dijwab.. So si Gf pergi dekat rumah Bf dia.. Di luar rumah ,ramai orang.. Dia mula rasa pelik then trus masuk ke rumah.. Sekujur tubuh terbaring kaku di tengah rumah.. Dan tubuh tu adalah jasad si Bf yang dah meninggal . Mak si Bf pun bagi surat dkat GF..


Surat yang bertulis :

Sayang , smlam awak dapat hidup sehari tanpa saya . Saya pasti esok dan seterusnya pasti awak dpat hidup bhagia tanpa saya . Love you ♥

T_T......

Sedih...T_T

Pensil: Saya minta maaf..

Pemadam: Untuk apa? Awak tidak berbuat apa-apa yang salah. 

Pensil: saya minta maaf sebab awak cedera di sebabkan saya. Setiap kali saya membuat kesilapan, awak sentiasa ada untuk saya. 

Tetapi apabila awak membuat kesilapan saya tiada. Awak akan kehilangan sebahagian daripada diri awak. Awak akan menjadi lebih kecil dan lebih kecil lagi setiap kali di sebabkan kesilapan saya. 

Pemadam: Itu betul. Tetapi saya tidak kisah. Awak lihat, saya telah di lahirkan untuk melakukan tugas ini. Saya telah dibuat untuk membantu awak pada bila-bila masa awak melakukan sesuatu kesilapan, walaupun satu hari saya tahu yang saya akan hilang dan awak akan menggantikan saya dengan yang baru. 

Hati tGh Sedih....T_T..Allah.....

Rapuh.....

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu





PenguruSan...???

AssaLamuaLaikum...
aLhamduLiLah...Baru2 Nie kaMi teLah pergi ke Sebuah syarikat Untuk m'LakukaN kajian m'genai sYarikat t'sebut...baNyak pgaLaman yg kami dapat daripada kajian Yang kami Lakukan...
pgaLaman Yg paLing best of Coz La dapat duduk Kat peLamin aNganku musnah...hahahaha
gamBar kat bawah m'nunjukkaN aktiviti semasa kami pergi ke syaRikat t'sebut...
-
-
-
-
-
-


















THE END





Sebenarnya....????

Sebenarnya hati ini cinta kepada Mu
Sebenarnya diri ini rindu kepada Mu
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga

Sesungguhnya walau ku kutip
Semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya walau ku siram
Dengan air hujan dari tujuh langit Mu
Namun cinta tak kan hadir
Namun rindu tak akan berbunga
Jika tidak mengharap rahmat Mu
Jika tidak menagih simpati
Pada Mu ya Allah

Ku cuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepada Mu
Tapi mungkin kerana isinya
Tidak sempurna tiada seri

Ku cuba menyiramnya
Agar tumbuh dan berbunga
Tapi mungkin kerana airnya
Tidak sesegar telaga kauthar

Tuhan hadiahkanlah kasih Mu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku kepada Mu
Moga ku tahu
Syukur ku hanyalah milik Mu

Allah..Allah..Allah...

BerkeLah????

AssaLamuaLaikum....
Tadi Pagi kaMi takde keLas...sO..peruT pun da b'Bunyi kami p Cafe Deh..Nak beLi makanan La katakan...
Time jaLan tu tiba2 t'fikir...maLas pLa nak duduk kat biLik...baik jaLan2 Kat kipsas...
aKu pun ajaK La kawan2 Yg Lain..drang Pun bagi cadangan..apa kata kiTa berkeLah kat kipSas...hahaha
aKu pun setuju je La ngan Cadangan Yg hebat drang tu...
Orang seLalUnya b'keLah kat Luar Ke...Kat Tepi pantai Ke...kat daLam hutan ke...
TAPI
Kami b'keLah kat daLam kipsas nie je...hahahahah...
Sangat Logik aktiviti kami tu...
Pas beLi makanan kami puN terus b'jaLan ke tmpaT p'keLahan kami...
Pas duduk je Terus makan La...pErut da siap nyaNyi2 Ag...huhuhu
Pas makan je aPa Lagi..d terusKan dgn sesi b'gambar...hahahah...
Posing Tak pandai Habis....
Layan Gambar Kat bawah nie k....
-
-
-














THE END

Hati Ku...????

Hati...
Adakala aku tidak faham apa yang ada dalam hati ini...
Terlalu sukar untuk dimengertikan.....
Terlalu banyak yang dipersoalkan...

Hati...
Adakala kau sedih...adakala kau gembira..
Adakala kau kecewa..adakala kau berduka..
Namun...hanya hati yang saja yang tahu..

Hati...
Kenapa adakalanya sukar untuk memilih...
Terbaik dari yang lebih baik...
Kenapa juga sukar untuk membuat pilihan
Sedangkan hati ini tahu pilihan itu adalah yang terbaik...

Hati....
Cukup kau seksa diri ini... 
Permintaan dari diri ini...
Agar kau mengerti......
Yang diri ini telah ditetapkan....
Untuk menjadi pilihan hati "nya"......

Moga Hati ini dapat membuat piLihan Yang tepat...Allah3x....

KarakteR berDasaRkan Jenis Darah...

DARAH O 

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan! berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan. 

DARAH A 

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, Sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai. 

DARAH B
 
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian. 


DARAH AB 

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.


Hari Keusahawanan...

AssaLamuaLaikum...
Just enJoy Gambar2 Kat Bawah...
-
-
-
-
-
-
-
Mini CoppEr...=)

 Muhsin, aMy, Ess, Mar daN achik..=)

Mar n The geng...=)

Dasuki Dan Acik...=)

 Aku dan Ess...=)

Aku n tHe geng...=)
aMy terpinggiR..cian...hehehe

Pandangan AMy yG ada Lazer...=)
aCik n Dasuki...

 Yang Mana Satu???
Cute.....=)

Cerita Pengajaran...

Pada suatu hari, seorang hamba Allah pergi bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar, tiba-tiba dia terdengar satu bunyi...Aauuummmmm!!!!!Bunyi harimau yang kelaparan mencari mangsanya.


Si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau itu mengejar hamba Allah ni...kejar, kejar, kejar dan terus kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan dari dibaham harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya.

Tanpa membuang masa, si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi untuk menyelamatkan diri. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek saje. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yang lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah bagaimana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Sedang ia berfikir cara nak selamatkan dirinya, tiba-tiba dia terdengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Rupa-rupanya ada 2 ekor buaya yang kelaparan di dalam perigi itu.

Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. Bertambah takutlah si hamba Allah ni. Atas ada harimau, bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Sedang ia berfikir untuk mencari jalan keluar, tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas tali tadi dan tikus tu gigit tali tersebut. Selepas itu, keluar lagi seekor tikus yang berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi sampai ke atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Berfikir lagi. Kalau naik ke atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Sedang hamba Allah tu berfikir cara nak selamatkan dirinya, tiba-tiba....datang seekor lebah membawa madu.

Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit melihat lebah itu. Setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni. Hamba Allah tu berkata, "Nikmatnya madu ni, tak pernah kurasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap madu ni." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yang menantinya di bawah.

Kesimpulan:

* Si Hamba Allah itu adalah kita semua.
* Harimau yang mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita. Beringat-ingatlah.
* 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yang menanti kita di alam kubur nanti.
* Tali yang tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
* Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.
* Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Manusia (kita) bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

1 MINIT untuk mengingati Allah...Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

*SUBHANALLAH
*ALHAMDULILLAH
*LA I LAHA ILLALLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM
*LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABARIK ALA SAYYIDINA MUHAMMAD
*WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN

Hari Raya!!!!

WaLaupun Hari Raya TeLah BerLaLu beberapa Hari Daa...
Saye Tetap Nak Ucap seLamat Hari raya...heehehehe
seLamat Hari Raya Saye uCapkan Kepada Suma Yg m'genaLi diri ini..
miNta maaF..minTa aMpun jika seLama Saye m'nuLis bLog nie 
aDa perkataaN atau ayat Yg m'yakiti hati Sesiapa...=)
pEace No War..oK...
-
-
-
d Bawah Nie saye titipKan Gambar2 ketiKa Hari Raya...hehehe
-
-
-












coMeL2 beLaka Sumenya Ek...hehehehe
Ok iTu je...daaaa..
=)