Indahnya Cinta Selepas Kahwin...


Setelah sekian lama hidup dibelenggu rasa cinta nafsu, hidup sebagai remaja yang tidak ada hala tuju matlamat kehidupan. Saya disedarkan oleh Allah S.W.T dengan hidayah dan limpahan kasih-Nya.
Syukur kehadrat Allah Taala yang selalu mencintai kita dan mengasihi kita. Indahnya juga hidup yang penuh dengan syariat dan landasan hukum dan garisan keimanan. Entah bagaimana lagaknya hidup ini jika terus dilimpahi nafsu yang tidak berkesudahan.
Lumrah kehidupan ingin berkasih sayang. Lumrah sebagai remaja ingin ada pendamping. Tanyalah kepada siapapun, remaja utamanya, apa erti cinta?
Bagi mereka, cinta itu indah. Cinta itu lazat. Pelbagai tafsiran tentang cinta jika ditanya kepada para remaja di luar sana. Begitu da'if pendapat mereka tentang cinta. Saya, salah seorang daripada pencinta yang suatu ketika dahulu hanya memikirkan tentang keseronokan, kesunyian, hiburan dan teman-teman. Tidak ada cinta bersandarkan agama dalam jiwa. Jauh sekali mengingati dengan Dia yang memberikan rasa cinta itu.
Bukan mudah menerima tamparan dalam hidup bagi remaja yang putus cinta. Rasa mahu bunuh diri, menjauhkan diri dari kelompok manusia lain, sehingga terfikir mahu membunuh seseorang!
Inilah penyakit nafsu dan derita hati. Hati dan nafsu tidak bersandarkan akal. Allah S.W.T telah memberikan kita akal, iaitu salah satu kelebihan yang tidak ada pada hidupan lain. Sebagai manusia, kita sepatutnya menggunakan akal 100% dalam kehidupan. Allah S.W.T berfirman :
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan (pada) pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang yang berakal." [Surah Ali 'Imran 3 : 190]
Saya sudah bernikah dengan seorang lelaki yang tidak saya kenali. Setelah putus cinta dengan lelaki yang dahulunya amat saya cintai (cinta yang tidak berlandaskan agama Allah). Saya membuat keputusan untuk bernikah kerana akal. Setelah berfikir dan menganalisis segala dosa dan kesalahan yang pernah saya lakukan, saya menunaikan umrah pada usia yang muda (25 tahun) dan pada waktu itu, tidak ada lain melainkan saya mencari reda Allah S.W.T dalam cinta yang terlalu saya inginkan. Setelah menunaikan solat hajat beberapa malam berturut-turut dan saya membaca Surah Yaasin beberapa malam berturut-turut (atas nasihat seorang ustaz di kampung halaman, imam masjid yang juga sahabat baik ayahanda tercinta).
Hakikatnya, segala yang kita inginkan dalam dunia ciptaan-Nya ini perlu kita mohon daripada-Nya. Tidak ada kuasa lain yang Maha Memberi kecuali Dia. Saya berdoa bersungguh-sungguh, memohon sebuah cinta yang suci dan tidak berlandaskan nafsu. Kuasa Allah Taala tidak siapa yang tahu.
Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang sedang menyambung pelajaran di Australia. Setelah tiga hari berbalas mesej, mesej yang hanya bertanya khabar dan bertanya tentang kerja-kerja dan pelajaran, timbul persoalan tentang perkahwinan. Jawab saya, hanya bonda dan ayahanda bisa menjawab tentang pernikahan. Lalu, dihantar kedua ibu dan bapanya merisik pada Jun 2010. Maka termetrailah ikatan janji pernikahan Disember 2010.
Sekelip mata, zat Yang Esa sangat saya kagumi. Tidak pernah terlintas dalam hati ingin bernikah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Dalam hati berniat, biarlah jalinan cinta terukir setelah ijab dan qabul diucap dan dibalas.
Tidak terkata betapa cerianya saya ketika hari berlangsungnya pernikahan. Tidak sedikitpun hati berdetak ragu dengan cinta dan kasih pemberian Allah Taala ini. Hakikatnya, cinta suci dan halal ini lebih indah untuk kita kecapi.
Saya sebagai insan yang lemah, pernah melakukan dosa dan diri masih dihinggapi noda silam. Saya ingin menyeru kepada semua remaja yang masih belum ada pasangan halal, ketahuilah, cinta sebelum bernikah, yang melanggar prinsip Allah S.W.T, merupakan jalan hidup yang sia-sia.
Tidak ada konsep cinta kekasih dalam Islam. Jika sahabat-sahabat sekalian seorang yang sangat beriman, dan dapat menjaga batas dalam pergaulan cinta lelaki dan perempuan, tahniah saya ucapkan! Jangan sekali-kali mendekati zina! Biarpun zina hati!
Jika tidak mampu mengikut sunnah dan ajaran Islam dalam memupuk cinta, berhentilahdaripada menjalin cinta yang membawa dosa dan noda. Katahuilah, jodoh itu ada dalam tangan Allah S.W.T. Berdoalah, kerana doa itu senjata terakhir untuk mengubah takdir dan haluan hidup kecuali satu, iaitu mati.
Percayalah, cinta suci yang sepatutnya kita agungkan selain cinta Allah dan Rasul adalah cinta suami. Ia merupakan cinta agung buat semua wanita dan gadis. Tidak ada dosa, tidak ada haram dalam cinta itu selagi menjadi isteri yang solehah.
Sentuhlah tangannya, Pahala. Ciumlah pipinya, Pahala. Layani kehendaknya, Pahala. Ucapkan kata rindu dan kasih diiringi senyuman mesra, Pahala. Berlembut suara bermanja, Pahala!  Apa lagi yang ingin kita cari dalam dunia yang semakin uzur ini, wahai sahabatku, para solehah di luar sana? Bukankah pahala yang kita kejar? Bukankah Syurga matlamat kita?
Tidak ada lain melainkan menjadi isteri yang sangat bahagia, itu idaman setiap insan. Bagi teruna soleh, gadis impian yang bakal menjadi suri hidup mereka, menjadi bidadari dalam setiap hembusan nafas zikrullah, subhanallah!
Carilah cinta suci dan cinta agung. Jauhilah cinta nafsu, sesungguhnya cinta nafsu itu melahirkan penzina. Ketahuilah, balasan Allah sangat dahsyat bagi dosa penzina.
"Sesungguhnya Jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman. Dan orang-orang yang apabila membelanjakan(harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah(pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) kecuali dengan(alasan) yang benar, dan tidak berzina, barang siapa yang melakukan yang demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa(nya), (yakni)akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina." (Surah al-Furqaan : 66-69).
Dan kini, saya bahagia bercinta kali pertama setelah menjadi isteri kepada suami yang sangat memahami. Cinta suci yang kami bina bermatlamatkan Syurga. Indahnya bercinta selepas pernikahan. Segala yang dilakukan menjadi halal bagi kami dan pahala buat bekalan di'sana' nanti. Syukur, sujud dan doa telah Allah kabulkan. Kuasa Allah S.W.T tidak dapat dilawan. Bercintalah, bercintalah, bercintalah! Bercintalah kerana Allah!
Peringatan UntuK diRi seNdiri dan anDa...=)

JangaN menCari terLaLu sempurNa..=)

       iNgataN utK aNda Dan Diri SendiRi..=)

Jika kamu memancing ikan....
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu....
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja....
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....
akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL.... 

Have a waLking witH miZz roBi...=)

AssaLamuaLaikuM...
Hai..Hai...Hai...aLLzz..
hehehehehe
taK tau Nak Cakap aPa Sebenarnya...
Just Layan Je La Gambar Kat Bawah Nie...hehehehe..

 eH..eH..nape Tiba2 Gambar makanan Nie..hehehe..Meh kiTe bagi Tau..SebenarNya aRi Tu aKu jaLan2 Ngan mY LoveLy frieNd 'RobiatuL'..So Lepas Daa Penat JaLan2 Tu kita Org Pun singgaH La Kat Kedai Makan..Sebab peruT kita Org Da Nyanyi Lagu Dangdut..hehehe..bEst kan PeruT kita Org siap Leh Nyanyi Dangdut G..koRang ada Perut Mcm Tu..takDe Kan..hehehe..

MakaNan Yg Robi Order..aKu tak Tau aPa Nama Dia..Tapi boLe tahaN La Sedapnya...DaLam Tu ada Sotong..paStu rasa Dia Macam ada Rasa SerundiNg Sikit...

Haa..iNi pLa aKu punYa...koRang Tau Tak iNi apa..Tipu La KaLo koRang Tak Tau..hehehe..iNi La Yg Dinamakan PanaS piring aTau Nama SaintifiknYa Hot pLate..hahaha..Sedap Tau..Rugi kaLo koraNg tak Pernah Makan...Harga Dia Murah Je..Tak Sampai Pun 6 ringgit...So kaLo anDa Rasa2 Nak Makan p La BeLi sendiri..kekkekeke

tGk Cik Robi Tu makan..KhusyuK sangaT sampai aKu gambar Pun Dia Tak Sedar..hehehehe..

  
 M'hayati Rasa Makanan Tu sambiL tutup Mata...hahaha..

 seMpat G poSing timE makan...hehehe

 Tgk..Tgk..Tgk Tu..samPai Licin Kita Org Makan..Besa La TangKi pErut Kita Org T'saNgat La Besar WaLaupun Badan Kecik..hahaha

Tgk Kat Tangan Robi..Satu Giant Dia borong..hahaha...BanyaK g baraNg dia Tu Tapi Dia buLi aKu suRuh bawa Barang Dia Separuh...Tak Patut..taK patut..huhuhu

Pssttt...EntrY kaLi nie gaMbar Cik pieDa Takde Kan..Rasa2 Nape Ek..SebenarnYa tiMe niE ciK pieda MaLu nak B'gambar...hehehehe..MaLu La Sangat...=)


i Can'T smiLe wiThout You...=)

You know I can’t smile without you
I can’t smile without you
I can’t laugh and I can’t sing
I’m finding it hard to do anything
You see I feel sad when you’re sad
I feel glad when you’re glad
If you only knew what I’m going through
I just can’t smile without you
You came along just like a song
And brightened my day
Who would have believed that you were part of a dream
Now it all seems light years away
And now you know I can’t smile without you
I can’t smile without you
I can’t laugh and I can’t sing
I’m finding it hard to do anything
You see I feel sad when you’re sad
I feel glad when you’re glad
If you only knew what I’m going through
I just can’t smile
Now some people say happiness takes so very long to find
Well, I’m finding it hard leaving your love behind me
And you see I can’t smile without you
I can’t smile without you
I can’t laugh and I can’t sing
I’m finding it hard to do anything
You see I feel glad when you’re glad
I feel sad when you’re sad
If you only knew what I’m going through
I just can’t smile without you
For SomeoNe speCiaL to Me..=)

Siapa PemiLik cIntakU seteLah Allah Dan RasuL???

AssaLamuaLaikuM...w.b.t..



sebenarnya beberaPa hari lePas aKu baru seLesaI memBaCa sebuah buKu motiVasi berjuduL ‘pemiLik cinTaKu SeteLaH ALLaH daN RasuL’.(buku ni daH lama..aku je yang lmbt baca..huhu)  Sungguh InDaH isi KandunGan buKu tersebut, sanGat2 berGuna baGi gadiS2 yanG ‘beLum berKahwin’.. seLain itu, buKu tersebuT juGa sesuaI diBaca oLeh goLoNgan YanG teLah beruMahtangga..

jadi akU mencadangKan anDa baca LaH buKu tersebuT.. terutamanya PaRa gaDis..



Dan SeteLah M'baCa Buku iNi timbuL p'soaLan daLam FikiraN ini...

SiaPakaH peMiLik cinTaku seTeLah Allah DaN raSuL???

PasTi laH seseoraNg YanG meLabuHkan cinTanya kePada ALLaH..
menebarKan Kasihnya keraNa KasiH RaBBnya..
denGan berLandasKan syariaT..
BuKan bercaMpur anTara haLaL daN HaraM serTa was-Was..

lePas baca buKu tersebuT..

Yang ada boyfren..rase Nak clash ngn boyfrennye..
YanG Bujang..TeraSa Nak kahwin..
Yang daH kahwin.. Terasa Nak memBahaGiaKan pasaNgan..

AdaKah kiTa teLah berTemu ‘pemilik cinTa seteLah ALLaH daN RasuL..?’
jiKa Ya.. terusKan menyemai cinta keraNa-Nya..
jiKa beLum.. bersabaRLah keraNa mungKin diri kiTa beLum cuKup mencinTai ALLaH daN RasuL.. manTapKan cinTa kiTa kepaDa ALLaH dan RasuL terLebiH dahuLu, kemudian barULah LaYak untuK kiTa menerima ciNta seteLaH ALLaH daN RasuL..

semoga Kalian bertemu pemiLik ciNta seteLah ALLaH daN RasuL
Amin...


Bahaya Cinta Sebelum Kahwin...


Pasti KeLak Diri Kita iBarat Lembu Yang Ditarik Hidung oLeh Nafsu..

MenyiBukkAn Hati MerinDui MakhLukh Yg tiDak haLal Bagi Diri kiTa seUmpama M'buka pIntu Hati bagi sYaitan M'jaLankan JarumnYa uTk m'Lupakan Allah....







Rindu paLsu akan M'beLenggu minDa hinGga iA t'jajah Dan t'hiNa di Bawah Jajahan sYaitan...


Cinta LaLai aKan m'yeBabkan kiTa aLpa dariPada m'siapaKan diRi utk k'perLuan Dunia Dan aKhirat...



kiTa BoLeh m'jadi tiDak RasionaL b'fikiR jika Benar2 Mabuk cinTa...



Fitnah Cinta ibArat RacuN yg aKan m'buNuh akaL, jiWa daN perasaaN...


Jiwa kiTa akan T'ganggu daLam m'niLai mana Yg baik, mana Yg buruK utk diri kiTa...


Jika kiTa daN pasangan kiTa Berjaya m'Langkah ke aLam rumaH tangga nesCaya ia T'bina ataS dasaR Maksiat, yG m'gunDang padaH kpD peribAdi ZuriaT kita..

NAUZUBILLAH...